Tuesday, December 15, 2009
Pengukir dan Tukang orang Cina
Bila dah boring baca buku saya mula mencari ukiran-ukiran di sekitar Perak, Saya mendapat maklumat dari seorang kawan dari Kampung Y yang paling hampir saya lawati adalah di Air Tawar. Saya hanya dapat melawat 2 buah rumah dan saya di beritahu bahawa sebanyak 7 buah rumah yang masih ada di sekitar air Tawar hingga ke Sitiawan.
Menurut pemilik ,dia adalah generasi ke-4 yang memiliki rumah tersebut. Rumah ini juga pernah di sewakan untuk di filemkan, dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Mohd Idham dll...Rumah ini di bina pada 1890an .
Pada waktu itu terdapat kekacauan di Pasir Salak kerana J.W.W Birch telah di bunuh,(Ki Melan)Pemilik asal telah melarikan diri melalui Ulu Sg.Dinding,seterusnya mendirikan rumah tersebut ditepi Sg.Dinding. Pemilik asal bernama Ki Melan, Mengikut cerita cicitnya Ki Melan adalah perantau dari Indonesia dan telah berkhidmat sebagai pengawal Di Raja,Disamping itu beliau juga berdagang kulit kayu, ubi kayu dsb nya di bawa ke Pulau Pinang melalui Ulu Sg. Dinding.
Pemilik rumah ini di kenali sebagai Pak long,Rumah yang tinggal hanyalah bahagian rumah ibu dan anjung sahaja yang selebihnya telah roboh, rumahi ini juga telah di tambah dapur di bahagian bawah anjung iaitu dapur dan tandas.Bahagian atas rumah jarang dipakai kerana untuk memanjat tangga dan mereka telahpun berumur(tua).
Terdapat sebuah lagi rumah(Ki Melan) yang mempunyai ukiran yang lebih kurang sama kerana tukang yang sama iaitu orang Cina.Bahagian yang tinggal adalah rumah ibu, anjung dan dapur yang sebahagiannya telah reput dan runtuh.yang tinggal hanya tanah.
Rumah yang digambarkan ini adalah di bahagian hadapan sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)