Monday, May 31, 2010

Induksi PERSI UiTM

Penulisan kali ini sebenarnya merupakan aktiviti semester saya bersama pelajar PERSI iaitu persatuan Rekreasi Uitm,Perak.Beberapa bulan lepas saya telah ke Teluk Segadas di Pulau Pangkor,Perak. Perjalananan dan perancangan yang tidak berapa teliti menyebabkan saya terpaksa bergerak pada hari sabtu, sepatutnya program telah berjalan pada hari jumaat hingga Ahad.
Saya bergerak pada tengahari hari Sabtu. Kelebihannya saya tidak perlu berebut untuk naik feri di Jeti Lumut, saya cuma naik bot seorang rakan kepada pelajar di kenali dengan nama Abg Jo. Menunngu di pantai Teluk Batik, waktu itu dipenuhi dengan pengunjung pantai yang berekreasi dan bersantai daripada seluruh negara.

Perjalanan kami hingga ke Teluk Segadas adalah dipenuhi dengan deruan enjin bot, dan kami berhenti di sebuah bot nelayan untuk mendapat bekalan ikan Bilis Segar,dapat kami merasa cucur bilis dan ikan bilis goreng bercili.

Sampai dipantai saya sangat teruja kerana terdapat beberapa pohon "Putat Laut" yang memang terkenal pada waktu dahulu sebagai Buah Buton.Pantai yang Bersih dipenuhi dengan Coral/Batu Karang dan beberapa ikan-ikan kecil. Bercerita tentang Buah Buton @ Putat Laut, dari segi rekabentuk dan kenapa ianya dikenali secara simbolik di alam Melayu dengan pelbagai gelaran iaitu Alam Atas, Mahkota Atap,Darjat, Status, Keperkasaan, Pengawal, Penyeri rumah dan berkait dengan makhluk halus pada zaman kesultanan.

Dari pemerhatian saya MAHKOTA di raja yang dipakai merupakan lambang, status, penyeri dan imej kekuatan dan kekayaan sesebuah pemerintahan waktu itu,Penggunaan Buah Buton juga terdapat pada bumbung Masjid terletakkan pada bahagian atas 'Coppo',kalau di sebuah Masjid Wadi Hassan, Pattani, Buah buton diukir pada bahagian dalam bumbung Masjid tersebut dalam bentuk bulat atau bersegi dan didapat ianya tergantung. Pada bumbung rumah, rekaan buah buton ini yang dikenali sebagai Tunjuk langit dalam bentuk 'bulat', kerana dari kajian terdahulu tunjuk langit terbahagi kepada 5 jenis iaitu bentuk Batang, bulat, silang, bunga dan kosmo(bulan dan bintang). Kedudukan dan perletakan buah buton secara asalnya adalah tergantung, namun persoalannya,apakah perkaitan buah ini dengan alam atas dari segi sejarah dan kehebatannya? Apakan kelebihan buah ini dari segi sifat,kekuatan dan rekabentuk nya sehingga ianya di lambangkan sedemikian?

Diskusi saya tentang Buah Buton sebenarnya telah jauh menyimpang dari aktiviti pantai saya di Teluk Segadas, apapun saya cukup berpuas hati kerana kunjungan kali ini membawa saya kepada pokok dan buah yang mempunyai legenda yang tersendiri yang hingga kini semakin tidak di fahami dan digunakan lagi terutamanya generasi terkini. Semoga penulisan ini dapat dikongsi bersama. Gambar bersama induksi di Teluk segadas sebagai kenangan.