Wednesday, July 28, 2010

Buah BUTON versi Jawa dan elemen lain











Kata pepatah "jauh berjalan banyak pengalaman"itulah yang dapat di kongsi dengan pembaca blog iaitu kisah buah buton dan lain-lain dari Jawa.Namun penulis belum arif tentang pengaruh Buddha, kerana foto yang di rakam ini adalah daripada bangunan di sekitar Monastry Mendut, Jogja.





Berpeluang melihat negeri serantau Asia Tenggara iaitu Yogjakarta adalah saat indah yang tak dapat dilupakan. Perjalan dari Bandung ke Yogjakarta adalah dengan keretapi "Lodaya Train"executive coach pada jam lapan pagi adalah tepat kerana dapat menghayati keindahan dan suasana kampung yang belum tercemar dengan budaya luar.Melihat aktiviti bersawah, berkebun dan berdagang teringat saya pada negeri kelahiran iaitu Kelantan.
Jika di lihat secara dekat banyak persamaannya dengan negeri kelantan khasnya.
Perjalanan yang memakan masa hampir lapan jam,kami penuhi denga aktiviti sesi fotografi.Pandangan indah tidak terlepas dari lensa kami.Ditambah lagi 2 ahli fotografi hebat Hadi dan Man dengan lensa canggih dari kami.Cukup bererti saat perjalanan itu.Pengalaman dan perjalanan yang kami tempohi di rakam dengan kisah masayarakat, keindahan alam, kraft dan senibina.Dapat di lihat bandar Yogjakarta dari udara sementara kami meninggalkanya

Monday, May 31, 2010

Induksi PERSI UiTM

Penulisan kali ini sebenarnya merupakan aktiviti semester saya bersama pelajar PERSI iaitu persatuan Rekreasi Uitm,Perak.Beberapa bulan lepas saya telah ke Teluk Segadas di Pulau Pangkor,Perak. Perjalananan dan perancangan yang tidak berapa teliti menyebabkan saya terpaksa bergerak pada hari sabtu, sepatutnya program telah berjalan pada hari jumaat hingga Ahad.
Saya bergerak pada tengahari hari Sabtu. Kelebihannya saya tidak perlu berebut untuk naik feri di Jeti Lumut, saya cuma naik bot seorang rakan kepada pelajar di kenali dengan nama Abg Jo. Menunngu di pantai Teluk Batik, waktu itu dipenuhi dengan pengunjung pantai yang berekreasi dan bersantai daripada seluruh negara.

Perjalanan kami hingga ke Teluk Segadas adalah dipenuhi dengan deruan enjin bot, dan kami berhenti di sebuah bot nelayan untuk mendapat bekalan ikan Bilis Segar,dapat kami merasa cucur bilis dan ikan bilis goreng bercili.

Sampai dipantai saya sangat teruja kerana terdapat beberapa pohon "Putat Laut" yang memang terkenal pada waktu dahulu sebagai Buah Buton.Pantai yang Bersih dipenuhi dengan Coral/Batu Karang dan beberapa ikan-ikan kecil. Bercerita tentang Buah Buton @ Putat Laut, dari segi rekabentuk dan kenapa ianya dikenali secara simbolik di alam Melayu dengan pelbagai gelaran iaitu Alam Atas, Mahkota Atap,Darjat, Status, Keperkasaan, Pengawal, Penyeri rumah dan berkait dengan makhluk halus pada zaman kesultanan.

Dari pemerhatian saya MAHKOTA di raja yang dipakai merupakan lambang, status, penyeri dan imej kekuatan dan kekayaan sesebuah pemerintahan waktu itu,Penggunaan Buah Buton juga terdapat pada bumbung Masjid terletakkan pada bahagian atas 'Coppo',kalau di sebuah Masjid Wadi Hassan, Pattani, Buah buton diukir pada bahagian dalam bumbung Masjid tersebut dalam bentuk bulat atau bersegi dan didapat ianya tergantung. Pada bumbung rumah, rekaan buah buton ini yang dikenali sebagai Tunjuk langit dalam bentuk 'bulat', kerana dari kajian terdahulu tunjuk langit terbahagi kepada 5 jenis iaitu bentuk Batang, bulat, silang, bunga dan kosmo(bulan dan bintang). Kedudukan dan perletakan buah buton secara asalnya adalah tergantung, namun persoalannya,apakah perkaitan buah ini dengan alam atas dari segi sejarah dan kehebatannya? Apakan kelebihan buah ini dari segi sifat,kekuatan dan rekabentuk nya sehingga ianya di lambangkan sedemikian?

Diskusi saya tentang Buah Buton sebenarnya telah jauh menyimpang dari aktiviti pantai saya di Teluk Segadas, apapun saya cukup berpuas hati kerana kunjungan kali ini membawa saya kepada pokok dan buah yang mempunyai legenda yang tersendiri yang hingga kini semakin tidak di fahami dan digunakan lagi terutamanya generasi terkini. Semoga penulisan ini dapat dikongsi bersama. Gambar bersama induksi di Teluk segadas sebagai kenangan.



Thursday, April 1, 2010

Rumah Kelantan Vs Rumah Terengganu












Selama lima hari di sekitar Kelantan dan Terengganu
saya cuba menyusuri lebuhraya, pantai dan sungai.Mencari sesuatu yang unik dan semakin terhapus kerana ditinggalkan, dibiarkan tanpa jagaan dan sedang dalam pereputan..."Rumah Tradisional Melayu".
Saya amat bertuah kerana mengenali asal usul nenek moyang kita yang mahir mengukir,bertukang, berdagang, perkembangan teknologi dan lain-lain pada masa dahulu. Rumah Melayu Tradisional merupakan bangunan yang masih tegap berdiri dengan megahnya. Pada zaman kegemilangan MELAYU hingga hari ini, Senibina adalah salah satu WARISAN yang ditinggalkan sejak beberapa ratus tahun menjadi bukti kepada generasi akan datang akan keunikan senibina Melayu Tradisional. Ciri-ciri senibina yang tersendiri, bergabung dengan Alam,dibina dari sumber alam dan dipenuhi corak dekoratif yang di ilham dari tumbuh-tumbuhan sekitar kediaman.Penggunaan motif dan corak yang diilham oleh pengukir terhasil daripada kegunaan sesuatu tumbuhan iaitu ulaman,perubatan dan hiasan serta wangian. Senibina Melayu sekiranya di fahami dengan lebih mendalam akan memberi pengertian dan pengajaran yang berkait rapat dengan amalan Agama Islam. Pengabadian diri manusia kepada PenciptaNYA.RUMAHKU SYURGAKU telah lama diamalkan sebenarnya, kerana setiap binaan pada rumah Melayu kebanyakannya mempunyai maksud dan perlambangan serta media pengajaran kepada yang melihat juga penghuninya. Beberapa gambar yang saya perolehi ini semoga dapat di kongsi bersama.

Thursday, January 21, 2010

Rumah Kutai







Pertengahan Dec 2009 , saya dan beberapa orang rakan daripada Jabatan warisan serta Pakar Konservasi dan Penyelidik dari UiTM Perak ke beberapa lokasi rumah Kutai di Bota Kanan. Rumah KUTAI (tua)Perak, Terdiri dari beberapa jenis iaitu generasi asal hingga yang terkini(rumah yang masih ada),antaranya ialah penambahan ruang seperti ruang anjung pada bahagian Rumah Ibu dan sebagainya.
Terdapat beberapa Pakar yang telahpun membuat penyelidikan ke atas Rumah KUTAI ini daripada UiTM, Perak Seperti Prof.Madya Dr. Mohd Sabrizaa, Dr.Ahmad Marzukhi dan Dr. Hasandi.Dari UiTM Shah Alam ialah Dr.Anuar.

Tuesday, December 15, 2009

Pengukir dan Tukang orang Cina







Bila dah boring baca buku saya mula mencari ukiran-ukiran di sekitar Perak, Saya mendapat maklumat dari seorang kawan dari Kampung Y yang paling hampir saya lawati adalah di Air Tawar. Saya hanya dapat melawat 2 buah rumah dan saya di beritahu bahawa sebanyak 7 buah rumah yang masih ada di sekitar air Tawar hingga ke Sitiawan.
Menurut pemilik ,dia adalah generasi ke-4 yang memiliki rumah tersebut. Rumah ini juga pernah di sewakan untuk di filemkan, dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Mohd Idham dll...Rumah ini di bina pada 1890an .
Pada waktu itu terdapat kekacauan di Pasir Salak kerana J.W.W Birch telah di bunuh,(Ki Melan)Pemilik asal telah melarikan diri melalui Ulu Sg.Dinding,seterusnya mendirikan rumah tersebut ditepi Sg.Dinding. Pemilik asal bernama Ki Melan, Mengikut cerita cicitnya Ki Melan adalah perantau dari Indonesia dan telah berkhidmat sebagai pengawal Di Raja,Disamping itu beliau juga berdagang kulit kayu, ubi kayu dsb nya di bawa ke Pulau Pinang melalui Ulu Sg. Dinding.
Pemilik rumah ini di kenali sebagai Pak long,Rumah yang tinggal hanyalah bahagian rumah ibu dan anjung sahaja yang selebihnya telah roboh, rumahi ini juga telah di tambah dapur di bahagian bawah anjung iaitu dapur dan tandas.Bahagian atas rumah jarang dipakai kerana untuk memanjat tangga dan mereka telahpun berumur(tua).
Terdapat sebuah lagi rumah(Ki Melan) yang mempunyai ukiran yang lebih kurang sama kerana tukang yang sama iaitu orang Cina.Bahagian yang tinggal adalah rumah ibu, anjung dan dapur yang sebahagiannya telah reput dan runtuh.yang tinggal hanya tanah.
Rumah yang digambarkan ini adalah di bahagian hadapan sahaja.

Wednesday, September 30, 2009


This is my vacation from Kelantan, I've meet one of the timber Master Carver. He eternally gives his life, interest and passion on carving through this building called Istana Puteri for almost 20 years. The building was located near one of the famous government name "Raja Besar", under Jembal Goverment around year 1600, between Sungai Dabong and Pulau Melaka, East Kelantan, Malaysia. Mr. Abdullah Muhamad carved a lot of traditional house in Malaysia owned by wealthy people. The building being adapted to a restaurant and the famous menu was "Steamboat" Tom Yam and Soups.