Thursday, April 1, 2010
Rumah Kelantan Vs Rumah Terengganu
Selama lima hari di sekitar Kelantan dan Terengganu
saya cuba menyusuri lebuhraya, pantai dan sungai.Mencari sesuatu yang unik dan semakin terhapus kerana ditinggalkan, dibiarkan tanpa jagaan dan sedang dalam pereputan..."Rumah Tradisional Melayu".
Saya amat bertuah kerana mengenali asal usul nenek moyang kita yang mahir mengukir,bertukang, berdagang, perkembangan teknologi dan lain-lain pada masa dahulu. Rumah Melayu Tradisional merupakan bangunan yang masih tegap berdiri dengan megahnya. Pada zaman kegemilangan MELAYU hingga hari ini, Senibina adalah salah satu WARISAN yang ditinggalkan sejak beberapa ratus tahun menjadi bukti kepada generasi akan datang akan keunikan senibina Melayu Tradisional. Ciri-ciri senibina yang tersendiri, bergabung dengan Alam,dibina dari sumber alam dan dipenuhi corak dekoratif yang di ilham dari tumbuh-tumbuhan sekitar kediaman.Penggunaan motif dan corak yang diilham oleh pengukir terhasil daripada kegunaan sesuatu tumbuhan iaitu ulaman,perubatan dan hiasan serta wangian. Senibina Melayu sekiranya di fahami dengan lebih mendalam akan memberi pengertian dan pengajaran yang berkait rapat dengan amalan Agama Islam. Pengabadian diri manusia kepada PenciptaNYA.RUMAHKU SYURGAKU telah lama diamalkan sebenarnya, kerana setiap binaan pada rumah Melayu kebanyakannya mempunyai maksud dan perlambangan serta media pengajaran kepada yang melihat juga penghuninya. Beberapa gambar yang saya perolehi ini semoga dapat di kongsi bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menarik entry kali ni. apakah ada lagi sambungan untuk entry rumah tradisional kelantan vs terengganu ini Kak Siti ?
ReplyDeleteado banyok lagi...tunggu deh!
ReplyDelete